Baru-baru ni aku ada melawat satu tempat riadah ni. Actually tujuan aku ke sana sebab nak buat program perkhemahan tempat aku kerja. So, sambil tu boleh le aku share gambar-gambar yang aku ambil tu untuk dimuatkan dalam blog aku yang baru nak bernyawa ni. Aku dapati tempat ni memang sangat menarik untuk aktiviti riadah seperti program perkhemahan, teambuilding or kem bina semangat, picni dengan member or family atau cuci mata dengan keindahan ciptaan Allah ini. Air terjun dia memang superb beb. Kemudahan pun boleh dikatankan lengkap. Ada chalet, dorm, dewan program, dewan makan dan macam-macam lagi lah! Pastu dia terletak dekat dengan pekan Tanjung Malim atau UPSI. So senang le nak akses ke sana ke sini. Oklah, takyah cakap banyak (takyah tulis banyak), jom kita layan je gambar yang aku snap ni.