Sempena 7 November 2014 ni, aku ingat aku nak serius menulis dalam blog ini. Ntah berapa kali dah aku create blog pastu terus senyap. Actually tarikh hari ni takde apa-apa yang special pun tapi aku rasa ada sebabnya aku nak start pada tarikh hari ini. Benda pertama yang nyata ialah blog ni sebenarnya dah lama kepunyaan aku sejak tahun 2010 rasanya tapi aku guna untuk tujuan promosi perniagaan yang aku ceburi dalam bidang pendidikan time tu.
Tetiba hari ni aku saja le google 'program cuti sekolah di Shah Alam' tetiba appear blog ni yang dah bertahun rasanya aku tak buka. Kenapa aku tak buka? Sebab aku dah upgrade blog ni ke website baru guna wordpress. Bila website tu dah siap, terus aku terlupa tentang kewujudan blog yang dibuat dalam blogspot ni. So lepas ni kena beringat, pastikan laman-laman yang korang dah tak guna tu better delete or remove kot supaya pembaca tak confuse. Kesian pengunjung aku kan! Mesti ingat blog aku ni tak update sebab last aku tengok post yang aku buat tahun 2013. Lama giler tuh! Sorry kepada semua pengunjung blog yang mengunjungi blog ini!
Alasan kedua kenapa aku wujudkan blog ni sebabnya aku memang suka explore and menulis. Aku ni selalu berangan nak share cerita-cerita best dalam blog tapi konon nak tunggu tarikh or bulan yang best konon. Konon nak start Januari 2014 la, nak start time birthday aku la then latest konon nak serius menulis awal tahun Januari 2015. Aku rasa tarikh tu belum tentu aku start menulis kot sebab tengok rekod sejarah aku, semua tu konon-konon a.k.a acah-acah aje. Pastu mula set tarikh baru nak buat Januari 2016 kan! Hampeh je. So sekarang aku dah tak peduli pasal tarikh or bulan 'keramat' dah.
Aku rasa dah ditakdirkan aku terjumpa balik blog lama aku ni pada tarikh hari ni beserta dengan niat murni aku yang konon nak serius menulis. Baiklah, straight to the point, aku plan blog aku ni aku nak bercerita pasal lifestye seorang pemuda melayu islam (muda ke???) yang hidup di negara tercinta iaitu Malaysia! I love Malaysia! Tetiba... BTW birthday I jatuh 16 September tau! Tahu ke tarikh apa tu? Kalau tak tahu, sah korang fail sejarah! Hahahaha.. No lah, gurau je. Kita manusia kekadang lupa kan! So aku bagitau le yang 16 September adalah Hari Malaysia. Ok, nanti aku buka entry pasal Hari Malaysia yer! So aku teringin sangat nak berkongsi beberapa perkara yang aku suka buat seperti window shopping, makan dan makan angin.
Aku juga akan pastikan kandungan blog ini tidak menyinggung mana-mana pihak, tidak mengandungi unsur-unsur negatif atau dalam erti kata lain no seksi-seksi, no aurat-aurat, no gosip-gosip, no sosial-sosial sangat! Aku taknak post-post aku ni boleh mempengaruhi atau mendorong pembaca-pembaca untuk buat benda yang tak elok. Aku taknak dapat saham tu akhirat nanti weh! So kalau ada pembaca yang suka benda-benda macam ni, aku minta maaf la yer. Aku just nak pastikan blog aku ni suci dan murni. Hihihi....
Oklah, aku rasa dah panjang lebar aku berceloteh untuk post pertama aku ni. Oraits, sat lagi aku akan upload beberapa story untuk dikongsi bersama korang semua. So, jom ramai-ramai follow blog aku ni yer! Sharing is caring!